DUNGUN: Datuk Seri Anwar menegaskan mana-mana menteri atau pemimpin kerajaan yang didapati menyalahgunakan kuasa dengan mengambil sumber kekayaan negara untuk kepentingan peribadi akan dipecat serta-merta.

Perdana Menteri menegaskan, Kerajaan Perpaduan memandang serius sebarang perkara seumpamanya dan tidak akan sesekali berkompromi atau menghalalkan perkara itu berlaku.

"Kerajaan ini (Perpaduan) tidak akan mengizinkan mana-mana menteri atau pemimpin kerajaan ambil walau satu inci tanah kerajaan atau satu ekar balak.

"(Ia) dilarang sama sekali dan kalau berlaku, mereka akan disingkirkan daripada jawatan," katanya ketika berucap merasmikan Program Sentuhan Kasih Desa Terengganu di Kompleks Sukan Ketengah bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, pada Jumaat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak akan sesekali mengizinkan sebarang amalan mengambil kekayaan daripada negeri atau negara.

Pada pada masam beliau turut menempelak 'kumpulan’ yang didakwa memperjuangkan Islam dan Melayu tetapi tidak bersuara dalam isu pengambilan sumber kekayaan negeri atau negara.

"Saya hendak tanya (kepada) orang yang heboh bercakap soal Melayu dan Islam, beranikah sebut bahawa mereka tidak izinkan pemimpin mengambil balak, kontrak atau saham daripada negara.

"Saya belum dengar lagi (ada pemimpin yang suarakan jangan ambil sumber ke kenyataan negeri atau negara," katanya.